Wednesday, March 9, 2016

22 Gambar Anak-Anak Que Haidar Yang Comel Sangat Menarik Perhatian Orang Ramai

Que Haidar dan Linda Jasmey yang mendirikan rumahtangga kira kira enam tahun yang lalu kini mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua dua cahaya mata mereka adalah perempuan berusia 6 tahun dan 4 tahun yang diberi nama #Tengku Ratu Haidar dan #Tengku Cleopatra Haida. Gelagat comel kedua-dua puteri pasangan ini mendapat perhatian ramai. Jom kita lihat gambar gambar dua orang anak pasangan ini.










6 Gambar Sangat Romantik Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Selepas 30 Hari Berkahwin

Kini genap sudah sebulan perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Shaheizy mendedahkan bahawa cinta mereka bermula enam tahun lalu melalui laman media sosial Facebook, apabila kedua-duanya mula saling berhubungan sebagai rakan.

“Kami bermula sebagai kawan biasa. Kemudian apabila hubungan mula serius ada pula pasang surutnya. Walau apa pun berlaku dalam hubungan kami, Tilla sentiasa ada untuk saya.

“Dari situ saya sedar dia calon terbaik yang saya cari selama ini apatah lagi susah nak jumpa wanita sepertinya,” kata Shaheizy yang mula mengenali Syatilla semasa Pencarian Dewi Remaja 2010.







9 Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Elfira Loy Di Kuantan Yang Teramat Meriah

Kemeriahan sambutan awal hari lahir Elfira Loy yang diadakan di Beach Market 2016, Taman Gelora, Kuantan, Pahang semalam. Di sana, Elfira bukan sahaja mendapat rakan baru, malah mendapat surprise kek sempena birthdaynya yang ke-22 hari ini.

Baca juga: 7 Foto Busana Perkahwinan Fazura Yang Sebijik Macam Marilyn Monroe, Mendiang Aktres Amerika Syarikat Zaman 50-an

Lebih menarik, hari ini juga genap setahun Elfira Loy bertudung. Ini kerana, ketika meraikan hari jadi yang ke-21, tahun lalu, Elfira sudah mula mengenakan bertudung.

Malah di hari lahirnya juga, Elfira bakal melancarkan kempen #EL8March bagi memperkenalkan jenama pakaian 'ready to wear' termasuk skaf di bawah label El by Elfira Loy, malam ini.

Untuk info, #EL8March kini sudah menjadi trending pada kedudukan pertama di laman sosial Twitter.

"Koleksi yang diperkenalkan khusus untuk wanita bersaiz 'petite' seperti saya. Jadi, apa yang akan dijual lebih kepada saiz dan gaya saya.

"Pendek kata, jenama ini mewakili diri saya. Saya cukup optimis dengan perniagaan ini.

"Untuk bersaing dengan jenama yang sedia ada, ia amat sukar. Namun, jika kita menjual apa yang diminati selain memenuhi keperluan ramai, insya-Allah semuanya akan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH Online.

Selain berlakon dan menjadi usahawan, Elfira kini juga sedang menunggu hari graduasi tidak lama lagi dalam pengajian bidang seni hiburan di Kolej Damansara Utama (KDU), Glenmarie Shah Alam, Selangor.

Selamat hari lahir diucapkan kepada Elfira!








Tuesday, March 8, 2016

Terbongkar! Punca Sebenar Anak Fauzi Nawawi Berjaya Menjuarai Mentor Milenia 2016 Walaupon Bukan Pilihan

Program realiti Mentor Milenia menyaksikan Fareez selaku protege kepada Hazama muncul juara pada persaingan akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini. Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, yang menjadi satu-satunya harapan mentornya, Hazama ke peringkat akhir mendapat tempat pertama dan membawa pulang wang sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Manakala, Qody atau pemilik nama lengkap Rossaidi Abdul Rani,21, membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi menjadi kemuncak persaingan sengit selepas enam minggu berentap. Pemuda dari Kedah itu menepis protege Black yang juga rakan seperjuangannya, Wanie di tempat ketiga. Menjadi satu-satunya peserta wanita yang membolosi peringkat akhir, Wanie atau nama penuhnya, Nurul Syazwanie Mohd Basri,21, membawa pulang wang sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Terbukti Fareez memberi persembahan luar biasa dipentas final walaupon bukan pilihan untuk juara. Berikut padangan orang ramai tentang mengapa Fareez patut jadi juara berbanding peserta yang lain.

Monday, March 7, 2016

Gambar Perkahwinan Iqram Tersebar! Akhirnya Iqram Terpaksa Berlaku Jujur Dedahkan Perkawinannya

Pelakon Iqram Dinzly pada Sabtu, telah mengejutkan ramai pihak apabila dia memuat naik beberapa keping foto pernikahannya dengan seorang gadis.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagramnya itu, ada beberapa hashtag (#) yang digunakan bersama kapsyen yang ditulis Iqram.

Foto tersebut menunjukkan tangan Iqram sedang dicium oleh seorang wanita di hadapan sebuah pelamin.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 4 ribu likes, 174 komen (ketika artikel ini ditulis) serta ucapan tahniah daripada pengikut Iqram yang kebanyakannya terkejut dengan berita pernikahan tersebut.

Bagaimanapun, dua jam selepas itu Iqram memuat naik sekeping lagi foto dia dan ‘isteri’ bersama ibu dan bapa mertua serta ‘iparnya’.

Pada foto tersebut Iqram telah meletakkan kapsyen “Bergambar kenangan dengan mentua & ipar , selepas sah #dendamsemalam #azalea”.

Akhirnya debaran para peminat terjawab apabila melihat pada (#) digunakan Iqram dan selepas diamati dengan teliti, wanita bertuah yang ‘dikahwininya’ itu ialah pendatang baru Adibah Yunus, mertuanya pelakon Kuza dan Esma Daniel manakala iparnya pula Azwan Kombos.

#Rupanya-rupanya foto tersebut merupakan salah satu adegan dalam drama berjudul ‘Dendam Semalam’ yang akan ditayangkan di slot televisyen tempatan. -Astro Gempak

What's Trending?

Tags